EYE ON MALAYSIA "DISEBALIK" KEMEGAHAN KOTA MELAKA

AMKM turut berasa kecewa diatas tindakan MST Suria Sdn Bhd yang gagal melaksanakan hutang kepada Syarikat Fitraco NV sehingga menyebabkan buaian roda gergasi tersebut terpaksa menutup operasinya berkuatkuasa serta merta. Sikap sambil lewa syarikat tersebut telah menjejaskan sektor pelancongan Negeri Melaka yang kini menjadi tumpuan dunia.

Mahkamah pada 26 November lalu memerintahkan operasi EOM dihentikan setelah syrikat MST Suria Sdn Bhd gagal menjelaskan tinggakan sebanyak 17 juta kepada syarikat dari Belgium tersebut. EOM sebenarnya bukan milik penuh Kerajaan Negeri Melaka sebaliknya hanya menjadi pemegang ekuiti 40% iaitu  RM 3 juta dalam bentuk tunai dan harga pemegang tanah yang bernilai 5 juta.

Rata2 pengunjung serta pelancong berasa kesal serta rasa kerugian apabila melancong ke Negeri Melaka  akan tetapi tidak memenuhi hasrat berikutan penutupan operasi roda gergasi tersebut yang terletak di tepi Selat Melaka. AMKM difahamkan juga dipintu masuk EOM itu ditampal notis penutupan berikutan kerja2 penyelenggaraan.

Cadangan AMKM agar :-
* Kerajaan Negeri Melaka segera mnyelesaikan masalah tersebut kerana ini menyebabkan sumber ekonomi hiliran seperti peniaga2 kecil yang berniaga disekitar EOM tersebut menyebabkan mereka turut merasa tempias kerugian.

* Kerajaan Negeri juga dicadangkan agar memikirkan supaya pemilikan segera oleh kerajaan terhadap pusat ekonomi terbabit berikutan kerajaan negeri telah melabur berjuta2 bagi menaik taraf kawasan tersebut. adalah menjadi satu kerugian besar jika ianya ditutup terus keran EOM ini hanya terdapat sebuah sahaja dalam negara ini. Jesturu sudah semestinya EOM ini menjadi tumpuan masyrakat luar ke Negeri Melaka ini.

* Anak2 syarikat kerajaan negeri disyorkan amat sesuai memiliki roda gergasi tersebut kerana ianya adalh satu aset pembangunan negeri yang mampu menjana sumber ekonomi negeri selain sebagai pelaburan jangka masa panjang.

* Dalam masa yang sama adalah menjadi keutamaan kerajaan negeri wajar menyelesaikan tempoh pemberhentian yang diperitah mahkamah ke ats kes terbabit dahulu keranya ia melibatkan proses serta prosedur2 perundangan.

Kegagalan memanfaatkan sub-sektor tersebut bakal membawa kerugian sejumlah nilai pelaburan yang besar kerajaan negeri keatas kawasan terbabit.

AMKM
23muharram1431
bantah...bantah...





ATTENTION!!
PERHIMPUNAN AMAN MENENTANG PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' DI SETIAP MASJID2 SELURUH NEGARA SEPERTI YANG TELAH DIRANCANG PENGANJUR HARI INI...BUKAN NAK BUAT KECOH, TETAPI SEMANGAT PERPADUAN UMMAH...MARI!!



Pelik sungguh AMKM fikirkan, perangai puak2 Pas & Pembangkang ni,rmai bloger2 mereke menghentam perancang2 demo yang akan diadkan selepas solat jumaat hari ini. Bila orang Islam mahu mengadakan demo selepas Jumaat bagi menzahirkan bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh puak Kristian, mereka beriya2 menentangnya dan mempersoalkannya.





Tidakkah mereka sedar bahawa demo yang akan diadakan di masjid-masjid seluruh negara hari ini bukan hanya kerana kalimah Allah tetapi sebagai satu amaran dari orang Melayu terhadap kaum lain bahawa jangan sesekali menyentuh hak-hak kita sebagai kaum majoriti, pemilik asal tanah air.

Sebab itulah aku memang menyokong penuh usaha pihak2 yang mahu mengadakan demo esok dan insya-Allah aku juga akan turut sama bermandi keringat di bawah terik mentari atau basah kuyup di bawah hujan. Sudah lama orang Melayu tidak berkumpul untuk memperjuangkan hak mereka. Ayuhlah bangsaku!!





Raja  kita sudah disanggah, bangsa kita sudah diranggah, bahasa kita sudah diratah dan kini agama kita pula disentuh. Ayuh bangunlah bangsaku. Bangun kita untuk menyedarkan mereka agar jangan mengganggu mimpi indah kita di laman sendiri. Jangan... jangan... jangan...



AMKM
22 Muharram1431
Apabila Kalimah "ALLAH" Diguna-Gunakan
Tirai tahun baru masihi 2010 dibuka dengan keputusan kontoversi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan keputusan Yang Arif Hakim Dato' Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan akhbar The Herald untuk menggunakan perkataan "ALLAH" sebagai ganti nama "God" bagi penerbitannya dalam versi Bahasa Melayu telah mencetuskan satu polemik dan kontorversi yang tidak sepatutnya berlaku. Tetapi Alhamdulillah Mahkamah Tinggi telah menangguhkanya kes tersebut setelah pelbagai desakan & rayuan telah dibuat oleh Kemeterian Dalam Negeri terhadap Mahkamah.

Keputusan itu mengingatkan saya kembali kepada kes Natrah @ Maria Hertough pada tahun 1950 dimana Mahkamah penjajah Inggeris dimana Hakimnya yang bukan Islam telah, dalam keputusannya membatalkan keislaman Natrah dan perkahwinannya kepada Almarhum Mansor Adabi, langsung tidak mengambil kira perundangan syariah dan sensitiviti umat Islam semasa itu. Akhirnya tercetuslah rusuhan dan huru hara yang tidak membawa menafaat kepada sesiapa pun.

Saya berpendapat keputusan Hakim Dato' Lim Bee Lan adalah tidak tepat dan boleh dipertikaikan, malahan akan menyebabkan kekeliruan dan menganggu ketenteraman dan keselamatan awam atas sebab-sebab berikut:

1. Keputusan itu secara tidak langsung mencabar dan melanggar Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan yang mempertuntukkan fahaman dan dakyah agama lain tidak dibenarkan samasekali terhadap orang Islam. Membenarkan pernerbitan Kristian menggunakan perkataan ALLAH bagi penerbitan berbahasa Melayu jelas adalah satu bentuk dakyah halus kerana Melayu adalah bangsa yang beragama Islam;

2. Ini sekaligus mencabar dan tidak menghormati Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa orang Melayu mestilah beragama Islam;

3. Dengan membenarkan penggunaan perkataan ALLAH dalam risalah penerbitan Kristian, ini sebenarnya dikira akan mendorong penganut Kristian dalam perlakuan jenayah kerana Enakmen Penyekatan Pengembangan Agama, Iktikad dan Kepercayaan Lain terhadap Orang Islam (Anti Propagation Law), yang digubal dengan sahnya menurut Artikel 11 Perlembagaan dibeberapa negeri jelas memperuntukkan bahawa adalah satu kesalahan jenayah bagi sesiapa menggunakan perkataan tertentu termasuk "ALLAH" kecuali bagi maksud Islam;

4. Keputusan tersebut akan menyebabkan kekeliruan termasuk bagi penganut agama Kristian kerana memberi gambaran Tuhan mereka berubah nama mengikut bahasa yang digunakan. Sedangkan nama tuhan bagi tiap agama mestila konsisten tidak kira apa bahasa. Lihat agama Budha, Yahudi, Hindu dan lain-lain. Nama tuhan mereka tetap sama tidak kira dalam apa bahasa sekalipun. Tetapi mengapa agama Kristian berubah nama Tuhannya menurut kaum dan bahasa?

5. Kekeliruan lebih serius akan berlaku dikalangan penganut agama Kristian apatah lagi bila sermon tiap hari Ahad contohnya mula menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God. Bagaimana dengan ucapan lazim penganut Kristian saperti:
"God created the world in 6 days and on the 7 day he rested"; atau "In the name of god the father, god the son and god the holy spirit" apakah ianya berubah menjadi "ALLAH created the world in 6 days and on the 7th day He rested"; atau "In the name of ALLAH the Father, ALLAH the son and ALLAH the holy spirit?" Saya telah bertanya rakan dan kenalan dikalangan penganut Kristian dan mereka sendiri melihat perkara ini sebagai memalukan agama kristian. Ramai dikalangan penganut Kristian sendiri yang tidak bersetuju dengan tindakan segelintir Kristian yang beriya-iya mahukan nama ALLAH menggantikan nama god.

6. Ada kalangan penganut Kristian akan mula berasa ragu dan keliru dengan perubahan nama tuhan mereka. Mereka bertanya mengapa nama tuhan mereka berbeza-beza. Kenapa dalam Bahasa Inggeris disebut Jesus dan lain-lain, tetapi didalam bahasa Melayu disebut ALLAH. Mereka khuatir agama Kristian akan dilihat sebagai agama hipokrit kerana nama tuhan mereka boleh berubah-ubah mengikut kaum dan bahasa.

7. Keputusan itu juga akan membolehkan penganut Kristian mengguna dan mempamerkan nama "ALLAH" digereja-gereja dan lain-lain tempat peribadatan mereka. Saya tidak boleh nak membayangkan bagaimana nanti disalib-salib, di perkarangan gereja dan lain-lain nama ALLAH tertera. Apakah pihak gereja dan penganut kristian bersedia berbuat sedmikina? Dan tidakkah ini nanti akan menyentuh sensitiviti umat Islam yang sudah pasti akan bertindak balas. Tidakkah Mahkamah sedar gangguan terhadap ketenteraman awam yang serius akan berlaku yang akan mengancam keselamatan orang ramai dan negara.

8. Kesilapan Mahkamah menolak permohonan pihak Majlis Agama Islam dan beberapa NGO Islam untuk melibatkan diri (intervene) dalam prosiding tersebut telah menyebabkan Mahkamah tidak mendapat maklumat dan hujahan secukupnya berkenaan dengan isu ini. Saya hairan mengapa Mahkamah tidak merujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa kebangsaan atau pihak berkuasa Islam untuk mendapatkan pandangan dan nasihat mereka sebelum membuat apa-apa keputusan.

9. Selanjutnya, tidak ada keterangan yang mencukupi dan jelas berkenaan penggunaan perkataan ALLAH dikalangan Kristian di Malaysia. Apakah statistik yang diguna pakai. Berapa ramai sebenarnya melayu kristian yang benar-benar menaggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God. Apakah sekadar menyandarkan kepada beberapa buah buku dan tulisan sudah cukup? Sepatutnya Mahkamah mengambil keputusan memanggil keterangan pakar-pakar anthropologi, sejarah, bahasa dan lain-lain sebelum membuat keputusan. Apa yang jelas, dalam bahasa Melayu perkataan ganti bagi God ialah Tuhan, bukannya ALLAH. Manakala ini berbeza dengan bahasa 'Arab kerana tiada perkataan God dalam bahasa mereka kecuali ALLAH!

10. Penyandaran terhadap Artikel 3 dengan menyatakan penganut agama kristian dijamin kebebasan dalam mengamalkan amalan agama mereka adalah jelas tidak tepat. Saya rasa kalau Mahkamah meminta tinjauan dan referendum dibuat dikalangan penganut agama kristian dibuat, saya cukup pasti majoriti besar akan menolak penggunaan perkataan ALLAH sebagai ganti perkataan god.

Saya berpendapat kalau golongan kristian benar-benar mahu menggunakan perkataan ALLAH sebagai ganti nama God, maka saya cadangkan dilakukan perkara berikut:

1. Item pertama Rukun Negara iaitu "Kepercayaan kepada Tuhan" hendaklah ditukar kepada "Kepercayaan kepada ALLAH" memandangkan perkataan ALLAH diakui sebagai gantinama God. Yang menghairankan saya, semasa penggubalan deraf rukunegara tersebut, ada golongan bukan Islam yang membantah perkataan "ALLAH" digunakan atas alasan ianya nama Tuhan orang Islam, sebaliknya mendesak perkataan "Tuhan" sebaliknya digunakan!!

2. Semua sermon digereja dan penulisan kristian hendaklah menggantikan perkataan God kepada ALLAH tidak kira dalam versi atau bahasa apa sermon atau penulisan tersebut digunakan. Sekiranya tidak agama Kristian akan dilihat sebagai tidak konsisten dalam soal nama ketuhanan mereka.

Saya juga menyeru dan mendesak tindakan berikut diambil segera:

1. Majlis Fatwa Kebangsaan hendaklah bermesyuarat segera dan membuat fatwa dan keputusan tentang penggunaan perkataan ALLAH ini. Kita tidak mahu ada dikalangan kita mengeluarkan pendapat yang berbeza-beza, apatah lagi dikalangan orang dan kumpulan tertentu yang sentiasa membuat kenyataan yang bersifat populis tanpa mengambil kira kesannya terhadap agama Islam. Setelah fatwa tersebut dibuat, maka semua pihak berkuasa Islam negeri hendaklah segera menggazetkan fatwa tersebut;

2. Kerajaan Persekutuan hendaklah dengan segera menggubal dan melaksanakan undang-undang Akta Sekatan Pengembangan dan Dakyah Agama Lain ke atas orang Islam di Wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak kerana negeri-negeri lain telah lama melaksanakannya, mengapa 4 negeri ini masih belum menggubalkannya. Sekiranya Akta tersebut ujud, sudah tentu keadaan akan berbeza kerana ianya akan menjadi suatu kesalahan jenayah untuk menggunakan perkataan "ALLAH" untuk tujuan selain Islam sebagaimana yang diperuntukkan di negeri-negeri lain;

3. Pihak berkuasa agama, majlis agama, para mufti dan badan dakwah saperti YADIM dan lain-lain hendaklah segera turun ke padang dan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan golongan Kristian ini untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh disepakati. Saya kira kegagalan pihak-pihak ini mengambil tindakan segera dengan mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pihak kristian ini telah menyebabkan kecetekan kefahaman mereka terhadap Islam. Daripada menyibukkan diri dengan kerjaikerja tak berfaedah saparti menangkap ulama dan penceramah tak bertauliah dan lain-lain, lebih baik pihak berkuasa agama ini menumpukan perhatian kepada yang lebih serius ini.

4. Pihak Kementerian Dalam Negeri hendaklah memanggil golongan kristian ini dan mengadakan dialog dengan mereka. Sekiranya KDN merumuskan penerbitan-penerbitan saperti Herald ini boleh menggugat ketenteraman awam dan keselamatan rakyat, KDN tidak perlu teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membatalkan permit penerbitan mereka jika perlu.

5. Kita perlu mengkaji semula sistem perundangan kita terutamanya dalam isu-isu yang membabitkan hal ehwal Islam termasuk perundangan dan syariatnya perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Syariah;

6. Atau sebagai alternatif, apa-apa isu yang berbangkit berkenaan Islam dalam apa bentuk sekalipun termasuk di Mahkamah Sivil hendaklah dirujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan atau Mahkamah Syariah atau apa-apa Badan Perundangan Syariah untuk suatu keputusan; dan keputusan itu hendaklah mengikat Mahkamah Sivil dan wajib dipatuhi. Bagi maksud itu, suatu pindaan perlu dibuat kepada Akta Mahkamah Kehakiman (Court of Judicature Act) untuk memasukkan peruntukkan tersebut. Ini akan memastikan perkara saperti ini tidak berulang lagi dimasa akan datang.

Rumusan:

Saya melihat kes The Herald ini adalah saperti suatu ulangan kes Natrah, dimana kewibawaan dan kemuliaan agama Islam dicabar. Kalau dalam kes Natrah, kita mempunyai alasan untuk menyatakan kita tiada kuasa kerana diperintah penjajah Barat. Tapi apakah alasan yang sama kita boleh gunakan sekarang, dalam keadaan kita memerintah, dalam keadaan umat Islam menguasai hampir 135 kerusi Parlimen yang walaupun bukan 2/3 tetapi merupakan majoriti mutlak! Yang sepatutnya membolehkan kita menentukan hala tuju agama Islam dan membela serta mempertahankan maruah agama kita. Kalau dalam membela dan mempertahankan Islam dalam kes Natrah orang Melayu sanggup menggadai nyawa, apatah kita bangsa Melayu moden yang hebat serba-serbi ini tidak mampu berbuat apa-apa. Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.



anakmudakotamelaka
21 Muharram 1431
Birokrasi Kerajaan Membuat Rakyat "Muak"

Kadang kala aku terfikir apabila terlalu banyk sangat karenah oleh badan-badan kerajaan ini dengan pelbagai macam kehehndak mereka apabila kita memerlukan khidmat mereka. slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" bagai melepaskan batuk ditangga sahaja oleh kakitangan kerajaan menjalankan tugas serta amanah yang diberikan terhadap mereka.
Apa yang sepatut dilakukan mereka ini adalah harus menjalankan tugas dengan lebih cekap,pantas & amanah. Dengan cara ini apabila orng ramai yang menggunakan khidmat jabatan @ kakitangan kerajaan mereka akan akan berasa lebih selesa tanpa merasakan diri mereka seperti warga negara asing memerlukan khidmat sedangkan berada didalam negara sendiri. Apa yang di katakan 'cekap','pantas' & 'amanah' :-


Cekap:- Menerima maklum balas daripada 'rakyat' dengan segala tugas serta membuat penilaian dengan efektif . Adalah menjadi tanggungjawab mereka menyelaraskan kehendak hakiki 'rakyat' seterusnya mereka membuat keputusan dengan segera tanpa 'menyimpan dahulu'.

Pantas:- Menyelesaikan segala maklumat yang diterima secepat yang mungkin. Sepatutnya "KPI" yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri menjadikan prestasi mereka sebelum ini kepada yang lebih baik pada masa akan datang. Ini membuatkan sistem penyampaian kepada 'rakyat' menjadi lebih pantas.

Amanah:- Perkataan yang amat berat jika dikira dengan mahu tak mahu terima. Apabila dikaitkan dengan kehendak 'rakyat' tu mahu dipercepatkan sehingga kakitangan kerajaan sinonim dengan 'rasuah'. Sejauh mana amanah mereka dalam menjalankan tugas? Intergriti kakitangan kerajaan juga sering dipersoalkan jika  mereka ini sering memerlukan 'upah.duit kopi' untuk kerja menjadi segera. Sepatutnya jika 2 perkara diatas dilakukan pastinya amanah ini diringankan kerana tugas dijalankan secara konstruktif.

Hakikatnya fahaman 'rakyat' masih kurang oleh badan-badan kerajaan serta tanggungjawab mereka terhadap masyrakat. Mereka ini perlu mempelbagaikan lagi program melibatkan masyrakat-masyrakat dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar 'rakyat' memehami agenda yang dijalankan oleh kerajaaan.Ini kerana jika tanpa masyrakat dlam setiap aktiviti atau pun program yang diadakan akan menjadikan sesebuah badan tersebut diingati mahupun jelas apa sebenarnya tugas hakiki mereka terhadap masyarakat. Jelas pada masa itu rakyat mula memahami yang bahawa kerajaan sentiasa mendampingi rakyat dengan pelbagai maklumat-maklumat serta informasi dalam kemajuan negara ke arah Malaysia 2020.


         'RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'
Kenaikan Harga Gula, Rokok Untuk Gaya Hidup Sihat

GULA dan rokok adalah dua barangan pengguna yang diperlukan mengikut kemahuan masing-masing dan secara kebetulan kedua-kedua barangan itu mengalami kenaikan harga jualan mulai 1 Januari 2010.

Kenaikan harga kedua-dua item itu telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan pengguna dan ternyata ia memberi impak yang besar kepada pengguna serta peniaga.
Peniaga terpaksa menaikkan harga jualan mereka atas alasan kos pembelian gula telah naik manakala pengguna pula terpaksa membayar lebih untuk menikmati juadah yang diidamkan. Teh tarik dan kuih muih pastinya akan dijual dengan harga yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Dan seperti yang dijangkakan, kini sudah mula kedengaran isu bekalan gula kehabisan stok disebabkan pengguna yang panik dan peniaga mula menjual dengan harga yang lebih tinggi daripada yang telah ditetapkan. Gula dan rokok sememangnya adalah dua barangan yang sangat berbeza baik dari segi fizikal mahupun dari segi fungsinya kepada kita.
Satu perspektif yang menarik untuk dikupas adalah dari aspek kesihatan akibat daripada ketagihan rokok dan penggunaan gula yang berlebihan di mana kedua-duanya memberi kesan negatif kepada pengguna. Bilangan rakyat Malaysia yang mengalami pelbagai komplikasi penyakit kronik dan masalah kesihatan akibat merokok dan penggunaan gula berlebihan semakin meningkat.
Kadar pesakit diabetis di Malaysia akibat daripada pengambilan gula dijangka akan meningkat kepada 1.3 juta orang pada tahun 2010. Merokok pula dikatakan menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun di negara kita dengan 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut.
Sebanyak 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing. Jelas kedua-dua barangan itu lebih banyak mendatangkan kemudaratan kepada pengguna berbanding kebaikan mahupun kesan positif.
Kedua-duanya bertindak sebagai 'pembunuh senyap' rakyat negara ini. Tahap kesedaran pengguna akibat daripada kesan pengambilan gula yang berlebihan dan merokok masih dikatakan cetek dan merisaukan. Buktinya, bilangan perokok semakin meningkat walaupun hampir setiap tahun harga rokok mengalami kenaikan. Gula pula tetap menjadi keperluan utama, malah kita seolah-olah tidak boleh hidup tanpa gula.
Kempen 'Tak Nak Merokok' dan 'Hari Tanpa Gula' dilihat masih belum cukup untuk menyedarkan pengguna. Walaupun pihak kerajaan terutama Kementerian Kesihatan menggunakan pelbagai media dan saluran untuk menghebahkan kesan buruk merokok dan pengambilan gula berlebihan, namun ia juga masih belum mampu menyedarkan rakyat kita.
Sementelah, kenaikan harga gula dan rokok bukanlah sesuatu yang baru untuk kita. Kita sudah terbiasa dengan fenomena kenaikan harga kedua-dua barangan itu, malah harga rokok misalnya dinaikkan hampir setiap tahun sebagai usaha untuk mengurangkan jumlah perokok di negara kita.
Walaupun kesan kenaikan ini pelbagai mengikut kumpulan pengguna masing-masing, namun kita masih boleh membicarakan persamaan yang wujud antara kedua-dua barangan tersebut. Apakah persamaan yang wujud antara kedua-duanya yang boleh kita jadikan iktibar?
Ternyata kali ini, kita dapat melihat dua persamaan yang ketara. Pertama, kedua-duanya mengalami kenaikan harga pada tarikh yang sama iaitu 1 Januari 2010. Satu mesej yang cukup mendalam menjelang tahun baru. Kedua dan yang paling penting adalah rokok dan gula membawa kemudaratan yang besar kepada kesihatan pengguna. Maka apakah pilihan pengguna antara gula dan rokok? Sebenarnya pilihan adalah di tangan pengguna itu sendiri.
Pengguna boleh memilih untuk mengurangkan kadar penggunaan harian gula dalam makanan dan minuman mereka dan pengguna juga boleh memilih untuk berhenti merokok atau sekurang-kurangnya mengurangkan bilangan batang rokok yang dihisap setiap hari berbanding sebelum ini. Jelas sekali, kedua-dua pilihan itu amat menguntungkan pengguna baik dari segi kos mahupun dari aspek kehidupan yang lebih sihat.
Dalam pada itu, kita wajar menjauhi dan menghindari kedua-keduanya seoptimum yang boleh demi kehidupan yang lebih sihat dan sempurna. Oleh yang demikian, kenaikan harga kedua-dua barangan itu perlu dilihat dalam perspektif dan sudut yang lebih positif dan meluas tanpa sebarang prejudis dan prasangka negatif.
Justeru, buanglah rasa marah dan tidak puas hati kerana harga barangan itu dinaikkan, sebaliknya pengguna wajar buka minda dan melihat kesan baik jika dapat mengurangkan penggunaan kedua-dua barangan tersebut. Bersempena dengan fajar tahun baru 2010 ini, marilah kita sama-sama menanam azam untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan produktif.
Lupakan sejenak hal kenaikan harga, fikirkan kesan baik jika tidak merokok dan jika dapat mengurangkan kadar pengambilan gula.
Berkorbanlah sedikit hari ini untuk masa depan yang lebih sihat dan sempurna. Sesungguhnya negara kita memerlukan modal insan yang sihat dan cergas untuk terus memacu kegemilangan negara bagi mencapai wawasan 2020 yang cuma berbaki 10 tahun sahaja lagi
Tahun 2010 Cabaran Baru Negeri Melaka
Selamat mentyambut tahun baru 2010....Negeri Melaka telah sah diumumkan negeri maju....majukah sesebuah negeri itu dlam seluruh aspek??? Persoalan tersebut jika di jawab, adalah "ya" Melaka telah maju.
Malam tadi juga bandar yang merangkumi kawasan Kota Melaka telah berhimpunnya golangan pemuda & belia dimana telah bersama2 YAB Ketua Menteri Melaka mengelilingi Bandar Melaka apabila jam tepat 12.00 malam. Kesesakan Bandar amat turut kelihatan apabila jumlah kereta yang memasuki bandar mengikut peratus JPJ yang mnegadakan bancian, sejumlah 10 000 buah kenderaan pelbagai telah  memasuki pusat bandar.
Apa yang berlaku,terdapat suara rungutan pengguna jalan raya apbila menyalahkan pihak berkuasa mengadakan sekatan jalanraya di pelbagai jalan msuk ke bandaraya. Apa yang memelikkan ianya melibatkan 'samseng jalanan' menjadi lebih tidak tentu hala apabila mnyedari pihak berkuasa mengdakan sekatan jalanraya sehinggakan mereka ini sanggup membahayakan diri dan pengguna jalanraya yang lain. Mereka ini adalah terdiri kalangan anak muda yang berbangsa melayu.
Kesesakan bandaraya pada sesuatu waktu puncak ataupun majlis2 keramaian, kerajaan negeri perlu memikirkan alternatif pengguna jalanraya termasuk penduduk tempatan atau pun dlam negeri termasuk menyediakan kemudahan awam yang efektif nbagi mengawal keadaan jalanraya. Mereka ini hanya ketempat tujuan yang sama, jadi tidak mustahil kerajaan mampu menyediakan kemudahan secara percuma bagi pendudk bandar dan sedikit bayaran kepada pengguna luar pada waktu2 tertentu yang telah disedikan sebuah pusat sehentinya.
Walaupun pada hari ini, bot river cruise yang diaanggap sebagai pengankutan persiaran / pelancongan, monorel dalam pembinaan, sewajarnya pendudk bandar  sudah perlu mengubah minda menjadikan ia sebagai pengangkutan harian bagi mengurangkankan kesesakan dan sebaliknya jika mereka ini diberi peratusan diskaun mahupun rebat pengguna tetap sebagai alternatif serta keperihatinan kerajaan terhadap rakyat. Walaupun perkara ini nampak remeh dan rata-rata mengatakan "owh,negri dah maju,biasalah..." bagi yang menghadapi hari2?? Bagi mereka yang berfikiran pembangkang?? ini lah isunya...
Related Posts with Thumbnails