Birokrasi Kerajaan Membuat Rakyat "Muak"

Kadang kala aku terfikir apabila terlalu banyk sangat karenah oleh badan-badan kerajaan ini dengan pelbagai macam kehehndak mereka apabila kita memerlukan khidmat mereka. slogan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" bagai melepaskan batuk ditangga sahaja oleh kakitangan kerajaan menjalankan tugas serta amanah yang diberikan terhadap mereka.
Apa yang sepatut dilakukan mereka ini adalah harus menjalankan tugas dengan lebih cekap,pantas & amanah. Dengan cara ini apabila orng ramai yang menggunakan khidmat jabatan @ kakitangan kerajaan mereka akan akan berasa lebih selesa tanpa merasakan diri mereka seperti warga negara asing memerlukan khidmat sedangkan berada didalam negara sendiri. Apa yang di katakan 'cekap','pantas' & 'amanah' :-


Cekap:- Menerima maklum balas daripada 'rakyat' dengan segala tugas serta membuat penilaian dengan efektif . Adalah menjadi tanggungjawab mereka menyelaraskan kehendak hakiki 'rakyat' seterusnya mereka membuat keputusan dengan segera tanpa 'menyimpan dahulu'.

Pantas:- Menyelesaikan segala maklumat yang diterima secepat yang mungkin. Sepatutnya "KPI" yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri menjadikan prestasi mereka sebelum ini kepada yang lebih baik pada masa akan datang. Ini membuatkan sistem penyampaian kepada 'rakyat' menjadi lebih pantas.

Amanah:- Perkataan yang amat berat jika dikira dengan mahu tak mahu terima. Apabila dikaitkan dengan kehendak 'rakyat' tu mahu dipercepatkan sehingga kakitangan kerajaan sinonim dengan 'rasuah'. Sejauh mana amanah mereka dalam menjalankan tugas? Intergriti kakitangan kerajaan juga sering dipersoalkan jika  mereka ini sering memerlukan 'upah.duit kopi' untuk kerja menjadi segera. Sepatutnya jika 2 perkara diatas dilakukan pastinya amanah ini diringankan kerana tugas dijalankan secara konstruktif.

Hakikatnya fahaman 'rakyat' masih kurang oleh badan-badan kerajaan serta tanggungjawab mereka terhadap masyrakat. Mereka ini perlu mempelbagaikan lagi program melibatkan masyrakat-masyrakat dalam setiap aktiviti yang dijalankan agar 'rakyat' memehami agenda yang dijalankan oleh kerajaaan.Ini kerana jika tanpa masyrakat dlam setiap aktiviti atau pun program yang diadakan akan menjadikan sesebuah badan tersebut diingati mahupun jelas apa sebenarnya tugas hakiki mereka terhadap masyarakat. Jelas pada masa itu rakyat mula memahami yang bahawa kerajaan sentiasa mendampingi rakyat dengan pelbagai maklumat-maklumat serta informasi dalam kemajuan negara ke arah Malaysia 2020.


         'RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN'
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails