13 MEI 2010
MAKLUMAN....


BLOG INI TELAH DIPINDAHKAN KE WEB LAIN...SILA KLIK DISINI UNTUK KE WEB BARU ...SEKIAN TERIMA KASIH...=)))


Kebencian Ideologi-ideologi Komunis Terhadap Islam
6 Mei 2010 by Mohamad Arib
Darwinisme turut menjadi asas kepada komunisme. Ia telah dijelaskan oleh pengasasnya yang pertama, Karl Marx dan Friedrich Engels. Kedua-duanya merupakan ateis, yang melihat penghapusan ke percayaan beragama merupakan sesuatu yang amat penting kepada komunisme, dan kedua-duanya memahami sejelas-jelasnya bahawa teori evolusi dapat membantu mereka mencapai hasrat yang diidam-idamkan.

Tidak berapa lama selepas buku Darwin diterbitkan, Engels menulis surat kepada Marx yang berbunyi: "Buku Darwin yang sedang saya baca ini amat bagus sekali."2 Pada 19 Disember 1860, Marx membalas, "Inilah buku yang mengandungi asas sejarah semula jadi untuk rujukan kita."3 Di dalam suratnya yang lain kepada seorang lagi rakan sosialis, Lassalle, yang bertarikh 16 Januari 1861, Marx menulis, "Hasil kerja Darwin adalah sangat penting dan memenuhi niat saya yang mana ia menyediakan asas kepada sains tulen untuk perjuangan kelas yang bersejarah,"4 maka dengan itu telah mendedahkan betapa pentingnya teori evolusi kepada komunisme.

Para diktator seperti Lenin, Trotsky, Stalin dan Mao Tse-tung telah memberikan komen mereka tentang komunisme, yang mana ia menunjukkan suatu hubungan ideologi kepada idea Darwin. Teori evolusi dijadikan asas pendidikan dan polisi pertanian di bawah rejim komunis. Semua pergerakan komunis menemui asas ideologi dan justifikasi apabila mereka melihat fahaman Darwinisme. 

Bagi ideologi komunis yang begitu terpengaruh dengan Darwinisme, masyarakat hanyalah "sekumpulan haiwan." Manusia adalah tidak bernyawa, makhluk yang dungu, "mesin manusia-haiwan", dan tidak berguna. Hukum "Ada banyak kumpulan haiwan, jadi tidak mengapa jika satu hilang" telah menjadi asas pemerintahan. Mereka yang cacat dan tidak berupaya berkerja akan disingkirkan daripada kumpulan tersebut dan akan dibiarkan mati. Mereka dilihat sebagai sesuatu yang sakit dan berbahaya. Tidak wujud langsung sebarang perasaan kasih-sayang, belas kasihan, dan kesetiaan. Memandangkan mereka percaya tiada kehidupan selepas kematian, maka mereka hidup dengan menggunakan seluruh kuasa yang dimiliki. Memandangkan semua orang adalah musuh dan pesaing di dalam pergelutan untuk terus hidup, maka segala tindak-tanduk dilakukan untuk menentang mereka, dan kebencian menjadi satu perkara lumrah.

Adalah sesuatu yang semulajadi bagi ideologi komunis, yang mewujudkan suatu masyarakat tanpa semangat moral, sprituil dan juga kemanusiaan, turut memusuhi agama. Sifat-sifat mulia seperti nilai-nilai moral, cinta, sayang, belas kasihan, sanggup berkorban, berkerjasama dan saling bermaafan tidak mendapat sebarang tempat di dalam model yang diwujudkan komunisme. Apabila seseorang membaca tulisan-tulisan Marx, Engels, Lenin, Stalin, Trotsky, Mao dan para pendukung ideologi komunis yang lain, mereka akan dapat melihat kebenaran hakikat tersebut. Marx menggambarkan agama sebagai "candu masyarakat" dan juga sebagai budaya yang dibentuk oleh kelas pemerintah yang hanya melenakan orang-orang miskin. Oleh itu, beliau mencadangkan agar sebarang kepercayaan beragama dihapuskan jika komunisme mahu bertapak dengan kukuhnya.

Di dalam artikel Lenin yang bertajuk "Socialism and Religion" (Sosialisme dan Agama), yang diterbitkan pada 1905 di dalam sebuah majalah berbahasa Rusia Novaya Zhizn, beliau menggambarkan agama sebagai "kabus" yang harus dihapuskan, dan juga turut menyusun propaganda komunis yang akan dilaksanakan. Di dalam "The Attitude of the Workers' Party to Religion" (Sikap Parti Buruh Terhadap Agama) yang diterbitkan di dalam majalah Proletary pada tahun 1909, beliau sebagai pemimpin Parti Demokratik Sosial Rusia (yang kemudiannya dikenal sebagai Parti Komunis) telah menulis:

Asas kepada falsafah Marxisme, seperti Marx dan Engels berulang-kali isytiharkan, ialah dialektikal materialisme, yang telah mengambil alih sepenuhnya tradisi bersejarah materialisme abad kelapan belas di Perancis dan juga materialisme Feuerbach (separuh masa pertama abad kesembilan belas) di Jerman yang mana ia merupakan ateis mutlak dan memusuhi semua agama dengan hebatnya. "Agama adalah candu masyarakat." Pernyataan rasmi oleh Marx ini telah menjadi batu asas kepada pandangan ahli-ahli Marxis terhadap agama. 5 

Kenyataan tersebut menunjukkan permusuhan Marx terhadap semua agama, dan juga telah mendedahkan kejahilannya tentang perkara tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut tidak mencerminkan kebenaran hakiki. Komunisme dan ideologi-ideologi ateis yang lain menyebabkan manusia tidak dapat berfikir, dan melakukan apa sahaja yang diarahkan tanpa banyak soal. Adalah sesuatu yang jelas bahawa manusia yang tidak pernah berfikir tidak akan mencapai hakikat kebenaran, dan seterusnya menjadikan hidup mereka penuh dengan tipuan dan kesalahan. Dengan berfikir, manusia dapat memahami tujuan dunia ini diciptakan, dan juga sebab kewujudan diri mereka sendiri. Kebenaran ini telah dijelaskan di dalam al-Quran:

Kami tidak menciptakan langit dan bumi dan segala apa yang ada antara keduanya dengan tujuan main-main. Kami tidak menciptakan keduanya melainkan dengan hak (kebenaran), tetapi majoriti mereka tidak mengetahui. (Ad-Dukhan, 38-39)

Oleh itu, setiap individu harus memikirkan pertama sekali tentang tujuan penciptaannya, dan kemudian tentang makhluk atau jasad yang dilihat di alam ini dan juga yang akan dijumpai sepanjang kehidupan mereka. Seseorang yang gagal berfikir hanya akan dapat memahami kebenarannya setelah dia mati, di hadapan Allah, tetapi ketika itu segalanya sudah terlewat. Berfikirlah sementara kita masih punya masa, dan kemudian buatlah kesimpulan. Ia pasti akan memberikan faedah kepada kita di Hari Akhirat nanti. Itulah sebabnya Allah menyeru manusia, dengan menggunakan utusan-utusan dan juga kitab-kitab-Nya, untuk berfikir tentang tujuan penciptaannya dan seluruh alam semesta ini:

Dan mengapa mereka tidak memikirkan tentang (kejadian) mereka? Allah tidak menciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya melainkan dengan (tujuan) yang benar dan untuk waktu yang ditentukan. Dan sesungguhnya ramai manusia yang ingkar tentang pertemuan dengan Tuhannya. (Ar-Ruum, 8)

Namun demikian, musuh-musuh agama seperti para pemimpin komunis, telah melemparkan tuduhan-tuduhan tidak berasas yang menyebabkan ramai manusia berpaling dari agama, sehingga mendakwa agama menghalang manusia dari berfikir. Namun seperti yang telah kita lihat, agama sebenarnya mengajak manusia untuk berfikir.


Kesimpulan

Secara ringkas, telah jelas bahawa ketiga-tiga ideologi yang memusuhi dunia Islam itu telah berakar-umbi dari budaya ateis yang telah menguasai dunia Barat pada kurun kesembilan belas. 

Hal ini sekali lagi menunjukkan bahawa betapa pentingnya perang intelektual dilakukan untuk menentang segala fahaman ateisme, yang mana ia bukan sahaja suatu kuasa yang cuba membinasakan kehidupan manusia di Akhirat dengan menghapuskan kepercayaan beragama. Sebaliknya ia juga, pada masa yang sama, turut bertujuan untuk memusnahkan dunia ini, menukarkannya menjadi sebuah tempat yang dipenuhi kekacauan dan peperangan, dan ia melihat umat Islam sebagai sasaran utama. 
5 Mei 2010
by Mohamad Arib


RAKYAT Britain akan keluar mengundi untuk memilih kerajaan baru pada Khamis ini. Pilihan raya di Britain, seperti pilihan raya presiden di Amerika Syarikat (AS) sering mendapat perhatian kerana personaliti yang terbabit serta dasar politiknya ke atas negara lain pada peringkat antarabangsa. 


Umumnya dunia menaruh harapan tinggi apabila Barack Obama bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat kerana dasar presiden sebelumnya, George W Bush yang menindas dan tidak disukai pada peringkat antarabangsa.

Begitu juga apabila Tony Blair, yang berjaya merampas kuasa daripada Konservatif mengambil alih, akhirnya turut dikecam kerana mengikut telunjuk Bush dalam serangan di Iraq dan peperangan di Asia Barat.

Apapun, Britain kini menghadapi satu lagi pilihan raya bukan saja bagi memilih kerajaan baru, malah Perdana Menteri yang akan memimpinnya bagi tempoh lima tahun akan datang. Apabila Blair berundur, rakyat Britain turut menaruh harapan tinggi terhadap Gordon Brown bagi mengatasi masalah ekonominya, apatah lagi beliau sebelum ini adalah Menteri Kewangan. 

Sejak 2007, kepemimpinan Brown tidak begitu nampak menyerlah dan Britain mengalami defisit besar. Brown mungkin tidak bernasib baik kerana parti yang diwarisinya daripada Blair sudah tidak popular lagi berikutan dasarnya yang menyokong AS dalam peperangan di Iraq. 

Selain menindas rakyat Iraq dan berjaya menyingkir serta menghapuskan pemimpinnya, Saddam Hussein, anggota tentera Britain juga ramai yang terkorban dalam peperangan yang dilancarkan atas alasan senjata pemusnahan besar, yang kemudian tiada bukti. 

Kini tarikh 6 Mei akan menjadi ‘medan peperangan’ bagi Parti Buruh pimpinan Brown, Parti Konservatif pimpinan David Cameron dan Parti Liberal Demokrat pimpinan Nick Clegg. 
Disebabkan Britain mengamalkan ‘check and balance’ menerusi sistem dua parti, pilihan raya umum Parlimen adalah peluang terbaik bagi rakyatnya membuat penentuan berdasarkan prestasi parti politik yang bertanding. Andainya mereka mahukan perubahan, pilihan raya inilah tempat yang akan menjadi penentunya. 

Selalunya penentuan yang akan dibuat adalah di antara Buruh dan Konservatif, sedangkan Liberal Demokrat tetap kekal sebagai parti ketiga yang mempunyai suara tetapi tidak begitu berpengaruh berbanding dua parti tadi. Justeru, sejak Blair mengambil alih kerajaan daripada John Major pada 1996, Parti Konservatif bertindak selaku pembangkang dengan Kabinet bayangannya sendiri, seperti keadaan sama ketika Margaret Thatcher memerintah Britain dari 1979 hingga 1990, Parti Buruh bertindak selaku pembangkang dan begitulah seterusnya. 

Pilihan raya di Britain kali ini menyaksikan beberapa perubahan. Pertama, ia mengadakan debat pemimpin ala-Amerika Syarikat buat kali pertama di antara ketiga-tiga pemimpin parti; kedua, debat itu berjaya menonjolkan ketokohan pemimpin Lib Dem, Nick Clegg, sekali gus menaikkan imej parti yang sebelum ini tidak begitu dipandang tinggi di kalangan pengundi. 

Debat itu juga berjaya menonjolkan ketokohan pemimpin Konservatif, David Cameron, yang disebut-sebut akan menggantikan Brown sebagai Perdana Menteri. 

Parti Buruh sudah memerintah selama 13 tahun dan andainya teori sistem dua parti itu diguna pakai, keputusan pilihan raya Khamis ini mungkin akan menyaksikan perubahan kerajaan di Britain. Malah Brown pernah tanpa disengajakan mengakui bahawa Cameron kini sedang mengatur langkah untuk ke Downing Street, tetapi kemudian beliau menjelaskan bahawa komennya itu bukannya bererti beliau mengaku kalah. 

Beliau berkata, komennya hanya sekadar ingin memberi peringatan mengenai hasil tinjauan pendapat yang dilakukan pelbagai pihak. Tinjauan pendapat oleh firma tinjauan Harris, yang dilakukan bagi akhbar The Daily Mail Sabtu lalu menunjukkan Parti Buruh hanya memperoleh 24 peratus, berbanding Konservatif (33 peratus) dan Liberal Demokrat (32 peratus). 

Perkara baru ketiga yang dijangka dalam pilihan raya ini adalah kemungkinan buat kali pertama juga Britain mempunyai Parlimen tergantung, sejak 1974, kerana tiada satu pun parti dikatakan mampu memperoleh sokongan majoriti jelas bagi membentuk kerajaan. 

Parti Konservatif dijangka akan mendapat bilangan kerusi terbanyak di House of Commons, tetapi tidak mencukupi sebagai majoriti jelas, sekali gus mewujudkan situasi yang dikenali sebagai Parlimen tergantung. 

Dalam hubungan ini, Parti Liberal Demokrat yang berpendirian sederhana boleh menjadi pengimbang kuasa bagi mewujudkan pakatan dengan parti lain bagi membentuk kerajaan. 

Namun masalahnya ialah parti Liberal Demokrat tidak boleh bekerjasama dengan Parti Konservatif, malah Sabtu lalu, Nick Clegg secara terbuka berkata, beliau lebih cenderung membentuk pakatan dengan Parti Buruh daripada Konservatif. Clegg memberitahu akhbar Guardian bahawa ada ‘perbezaan ketara’ di antara beliau dengan Cameron dan menyifatkan Liberal Demokrat dan Buruh sebagai ‘dua sayap dalam tradisi progresif politik Britain’. 

Akhbar juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan parti politik yang bertanding menjelang pilihan raya kerana laporan media pastinya turut memberi impak kepada parti yang bertanding. Sekurang-kurangnya dua akhbar, The Times dan The Guardian mengisytiharkan Sabtu lalu bahawa mereka tidak lagi menyokong Parti Buruh yang memerintah. 

The Times menyatakan ia akan menyokong Konservatif buat pertama kali dalam tempoh 18 tahun kerana pemimpinnya, David Cameron ‘boleh menjamin masa depan lebih baik dan kukuh kepada negara ini’ lapor akhbar itu. Sementara itu, The Guardian pula mengisytiharkan sokongan kepada Liberal Demokrat. The Sun, akhbar paling laris di Britain dan majalah isu semasa, The Economist juga menunjukkan sokongan kepada Konservatif. 

Selain tinjauan pendapat, laporan akhbar sejak akhir-akhir ini juga tidak menyebelahi Brown, yang belum pernah mengetuai pilihan raya umum selaku pemimpin Parti Buruh. Rabu lalu, tanpa menyedari bahawa mikrofon masih terpasang, beliau memarahi seorang penyokong Parti Buruh berusia 66 tahun kerana mempertikaikan dasarnya dan merujuk kepadanya sebagai ‘bigot’ atau ‘wanita berfikiran sempit’.


OH NEGERIKU.......INDAH MENYINTAI NEGERI & PERSEKITARAN
29April2010 by Mohamad Arib


pagi yang cerah

senja yang hening

malam yang indah

Bandaraya ku indah...Melanconglah ke Melaka Bandraya Warisan Dunia. Disini bermula segala-galanya, disini jugalah nadi kehidupan kita, Disini juga kehidupan kita. Inilah nilai yang harus kita syukuri setelah dinikmati. Berbanggalah dengan apa yang telah dikurniakan. 
Nescaya hidup kita lebih bahagia...=)))

MELAKA MAJU 2010....!!!



TONY BLAIR...PENJENAYAH PERANG!!!
27April 2010 by Mohamad Arib

Adakah insiden Muntadar Al-Zeidi membaling kasut ke atas bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush akan berulang tetapi kali ini berlaku di Malaysia?
Itulah yang diikrarkan oleh 53 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menyambut kedatangan bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair yang dijangka tiba di Sunway Lagoon Sabtu ini untuk menyampaikan ucapan pada National Achievers Congress.
Walaupun setakat ini kedatangan penjenayah perang itu belum diumumkan secara rasmi, namun pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini, 53 NGO terbabit yang diketuai Perdana Global Peace Organization (PGPO) telah sepakat untuk memalukan Blair.
Bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Kehormat PGPO, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Blair yang dijemput oleh sebuah pertubuhan dari Singapura untuk menghadiri program tersebut tidak seharusnya diterima sebagai penasihat oleh mana-mana pihak.
"Dia seorang penjenayah yang mengaku berbohong semasa menyerang Iraq bersama sekutunya, orang yang bertanggungjawab menyebabkan kematian lebih sejuta rakyat Iraq yang tidak berdosa tidak harus diterima kedatangannya di negara ini.
"Bagaimana ada orang yang boleh fikir orang ini boleh jadi penasihat dan memberi pendapat tentang sesuatu perkara, saya tidak boleh faham kerana lelaki ini bertanggungjawab terhadap kemusnahan Iraq.
"Bagaimana anda boleh menaja dan mendapat nasihat daripada seorang pembohong, adakah anda juga ingin berbohong dalam menjalankan perniagaan anda, saya memandang jijik kepada penaja dan penganjur kongres tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hadir sama Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan tokoh akademik, Dr. Chandra Muzaffar.
Serentak itu, Dr. Mahathir menyeru rakyat Malaysia supaya menyatakan sokongan dengan menyertai demonstrasi aman sebagai tanda membantah tindakan tidak berperikemanusiaan Blair terhadap rakyat Iraq dan Afghanistan.
Ditanya sama ada tindakan tersebut mendapat sokongan daripada kerajaan dan pihak keselamatan, beliau berkata:
"Saya fikir kerajaan tak marah, kalau mereka tanya siapa yang suruh (berdemonstrasi), kata saya yang suruh, biar mereka tangkap saya."
Sementara itu Ibrahim berjanji, 'beribu-ribu' selipar dijangka menyambut kedatangan Blair jika beliau menjejakkan kaki ke negara ini.
Sehubungan itu, beliau meminta gabungan NGO terbabit menyebarkan kepada orang ramai menggunakan apa juga kaedah termasuk laman web sosial Twitter, Facebook dan khidmat pesanan ringkas (SMS) supaya berkumpul di Sunway Lagoon Sabtu ini untuk menentang kedatangan Blair.
MESRA ALAM - RACUN RUMPAI
26 April 2010 by Mohamad Arib



Sejajar dengan kemajuan sektor pertanian negara yang semakin memberangsangkan, baja memainkan peranan penting dalam membantu menghasilkan produk berkualiti di samping meningkatkan produktiviti pertanian tempatan.
Baja yang bersesuaian dengan keadaan tanah memberi banyak faedah kepada golongan tani di negara ini.
Selain itu baja yang mesra alam juga diperlukan dalam usaha mengurangkan pencemaran yang semakin kritikal hari ini.
Sebab itu D.I. Grow ditampilkan bukan sahaja untuk memberi pulangan yang lumayan kepada para petani malah ia mampu membuat para petani tersenyum puas.
Keberkesanan D.I. Grow dilihat bukan sahaja kerana ia mampu memberikan hasil di luar jangkaan malah ia juga mampu menyuburkan pokok serta tanaman yang seakan-akan 'hidup segan, mati tidak mahu'.
Menurut Pengedar baja tersebut, Zahari Ismail, 47, D.I. Grow merupakan baja semburan yang dapat membantu para petani meningkatkan lagi hasil keluaran masing-masing.
''Hasil kajian dan penyelidikan telah membuktikan penggunaan baja semburan sangat berkesan untuk mencegah pengguguran putik dan bunga, memperbaiki kualiti bunga dan buah, memanjangkan masa penyimpanan buah dan bunga, menambah hasil pungutan serta pengurangan penyakit (meningkatkan daya tahan).
''Baja jenis semburan juga sesuai untuk sayur-sayuran, pokok buah-buahan, kelapa sawit, koko, padi, rumput, tumbuhan hiasan, benih dan lain-lain.
''Untuk itu, baja serbaguna G.I. Grow telah dihasilkan dan ia juga sesuai digunakan untuk pertanian sistem fertigasi,'' katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah beliau, sejak berada di pasaran lima tahun lalu, G.I. Grow bukan sahaja baja semburan yang mempunyai elemen lengkap untuk semua jenis pokok malah bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkannya juga telah melalui proses penyelidikan dan dikaji terlebih dahulu sebelum dipasarkan.
Mengandungi unsur asas baja makro (N:P:K) dan makro elemen iaitu untuk penyuburan pokok, daun, menggalakkan pertumbuhan akar, penyuburan bunga, putik dan buah, G.I. Grow juga merupakan baja semburan yang mesra alam, tanpa racun, tidak memberi kesan sampingan kepada tanah dan juga selamat.
Jika dilihat daripada sejarahnya, baja semburan telah mula digunakan di kalangan negara-negara maju sejak tahun 1953 lagi.
Malah menurut laporan kajian Profesor Donald Howard dari kumpulan Sains Tumbuhan dan Tanah, Pejabat Pengajian Sains, Tennessee, Amerika Syarikat (AS), baja semburan bukan saja menambah hasil pungutan tetapi juga meningkatkan keuntungan.
Merupakan produk 100 keluaran tempatan , G.I. Grow dilihat mampu memberikan hasil yang baik seperti isi yang berkualiti, saiz yang berbeza serta rasanya yang enak.
''Untuk produk baja D.I. Grow, kami menyediakan dua jenis iaitu D.I. Grow hijau (N21 P21 K21) untuk membesarkan tanaman dan melebarkan daun manakala D.I. Grow merah (N12 P25 K30) untuk melebihkan bunga dan melebatkan buah.
''Selain kedua-duanya mesra alam, D.I. Grow hijau sesuai digunakan pada peringkat pertumbuhan pokok dan tanaman manakala D.I. Grow merah pula sesuai digunakan pada peringkat pembungaan dan buah.
''Untuk itu ia bukan sahaja disasarkan untuk petani-petani atau peladang-peladang besar, malah ia juga sesuai untuk mereka yang menanam di kawasan yang kecil,'' ujarnya.
Bagaimanapun bagi mereka yang menggunakan produk D.I. Grow, dinasihatkan agar goncang baja tersebut sebelum digunakan. Elakkan semburan apabila matahari terik. Masa yang paling berkesan untuk semburan ialah waktu senja. Ulangi semburan sekiranya hujan turun dalam masa enam jam selepas semburan.



APABILA TERDETIK HATI SEORANG AYAH DAN IBU
23 April 2010 by Mohamad Arib

Kisah yang harus dikongsi dan dijadikan sebagai pedoman kita bersama. Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka putuslah amalannya, kecuali tiga perkara: Sedekah jariahnya, ilmu yang memberi manfaat dan juga doa dari anak yang salih. (Hadith rieayat Imam Ahmad).

Kisah yang hendak di ketengahkan ini, haruslah kita sebagai manusia yang mempunyai tangungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ayah dan ibu, sebagai seorang suami kepada isteri, sebgai seorang ayah kepada anak-anak, sebagai seorang guru kepada anak muridnya, seorang pemimpin terhadap rakyatnya dan paling penting kita sebagai hamba Allah diatas muka bumiNya. Tetapi sejauh mana kita sebagai seorang anak bertangingjawab keatas kedua orang tua kita kerana ayah dan ibu itulah jua permulaan kita.

Cerita ini lebih dispesifikasi kepada seorang anak  terhadap orang tua mereka. Persoalankan diri kita, cukupkah kasih sayang terhadap kedua orang tua kita sebagai mana mereka mengasihi kita semenjak kita kecil?? Nescaya tidak serupa bagaimana mereka mengasihi kita sebagai mana kita kini dewasa mengasihi mereka. Mereka tidak pernah mengeluh membesarkan kita. Tetapi persoalkan diri kita yang kerap kali mengeluh untuk berbuat sesuatu untuk kedua orang tua kita itu? Bukan wang ringgit yang mereka perlukan, bukan harta benda yang dikejarkan, tetapi lebih kepada kasih sayang kita sebagai seorang anak terhadap kedua orang tua mereka.

Kisah yang boleh dikongsi lagi apabila seorang anak yang kini bergelar suami, bergelar seorang ayah, tidak kita terfikirkah jika suatu hari akan datang segala tindak tanduk kita ini akan dibalas oleh Nya kerana hidup didunia ini yang cukup adil oleh tuhan maha agung ciptakan. Jika hari ini kita menyakiti hati, mengecilkan hati kedua orang tua kita, tidak mustahil tiba satu peringkat nanti, giliran kita pula bakal menerima nasib yang sama. Hidup dan hukum tuhan memang adil. ' Syurga itu, terletak ditelapak kaki ibu'. Isyarat itu jelas dan cukup signifikan menuntut kita berbuat segala kebaikan terhadap orang tua kita kerana itu, kita akan dibawa ke syurga.

Tetapi kalau ibu dan ayah mertua yang kita agungkan?? Ke syurga?? Wallahu alam... Berbalik pada tajuk asal, apabila hati seorang ibu ayah terdetik kecil hati, kecewa dengan tindak tanduk anaknya yang dulu ditatang, disayang, kini  erubah dengan sekelip mata hasil daripada naluri kebendaan mula menyerap dalam sanubari si anak itu. janganlah kita menjadi seperti si tanggang yang melupakan segala asal usul kita setelah menikahi seorang wanita yang mempunyai harta dan pangkat. Oleh kerana itu, kita mula mengabaikan kedua orang tua kita,malah sedikit demi sedikit mula membenci ayah dan ibu kita sebelum memusuhi mereka. Ya Allah, alangkah indah jika kita dikurniakan keluarga bahagia??? terfikirkah kita??  Mungkin itu hanya cita2 bagi setiap manusia berkeluarga...tetapi bagaimana untuk dipraktikkan, kita tidak mangaturkannya.

Apabila kita menyakiti hati kedua orang tua kita, maka apabila terdetik di hati mereka, nescaya Allah swt akan memakbulkan apa yang tedetik di hati mereka ketika itu terhadap si pembuat hati mereka tercalar.  Pernah diriwayatkan juga dari sirah zaman Rasullullah, apabila si hamba Allah ini nazak yakni menghadapi kematian, mulut si hamba itu tidak dapat mengucap kalimah syahadah, lalu rasullullah menyuruh sahabat untuk memanggil ibu si hamba Allah ini, lalu  sampi ketemu baginda, baginda bertanyakan kepada si hamba ini susah sangat mengahadapi 'sakaratul maut' nya?? Jika si ibu itu ada menyimpan perasaan didalam hatinya, baginda supaya diampun dan memaafkan si hamba itu tadi. Lalu si ibu itu menceritakan kisahnya sebagai mana hatinya telah berkecil hati terhadap anak lelakinya itu. Kisahnya apabila si hamba Allah (lelaki) ini lebih mementingkan isterinya daripada ibunya sendiri hingga menyebabkan ibunya berkecil hati sehingga terdetikkan niat. akhirnya si ibu hati mulia itu memaafkan juga segala yang dilalakukan si hamba Allah ini. lalu pergilah beliau kerahmatullah. Sungguh besar azimat hati,kata-kata seorang ibu jika kita amati dari cerita itu.

"Setinggi mana kita menduduki takhta, dari bawah jua kita datang"
"Jangan lah kita menjadi seperti kacang yang lupakan kulit"
"Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang ank belum tentu boleh menjaga seorang ibu"

Orang tua kita lebih mengerti isi hati kita berbanding kita mengerti hati kedua orang tua kita. Kita mementingkan harta, kita mementingkan kecantikan isteri kita, kita mementingkan kerjaya kita, kita mementingkan urusan kita, akhirnya kita lupa pada tanggungjawab kita kepada orang tua kita. Janganlah sehingga mereka terdetikkan niat yang tidak baik pada kita. Moga kita menjadi anak yang soleh pada kedua ibu bapa kita. Mendoakan kesjahteraan mereka dan menberikan kasih sayang sementara hayata mereka masih ada..insyaallah.
MINGGU PEPERIKSAAN
Salam buat pelawat blog anak muda kota melaka.....sepeti biasa ruangan kongsi ini tidak dapat bersama2 kita berkongsi untuk beberapa minggu berikutan untuk 2 minggu ini adalah  miggu peperiksaan akhir semester saya. mohon didoakan kejayaan bersama. insyaallah. amin.

Kepada pensyarah2 yang telah memberi ilmu, saya mohon kenberkatan ilmu itu. Buat rakan dan taulan sekalian di seluruh IPTA/IPTS tanah air malaysia saya mendoakan kejayaan saudra/ri sekalian. Sesungguhnya perjuangan kita tidak akan terhenti selagi ianya tidak selesai.

Bagi pihak proMahasisawa uthm buat rakan2 di UTHM, UTeM, UKM, UM, UPSI, UPNM, UPM, UTM, UiTM, UMK, UDM, dan yang tidak di sebutkan, anda memang terbaikkk. Semoga kita terus memperolehi kejayaan cemerlang yang berterusan.
MAJLIS PELANCARAN MYEULINK
Adalah dimaklumkan bahawa KPT dengan kerjasama Kesatuan Eropah (EU) telah mengadakan majlis pelancaran MYEULINK, yang telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia pada 30 Mac 2010 di Hotel Prince, Kuala Lumpur.

MYEULINK merupakan satu projek baru di bawah sokongan EU yang berpengkalan di Malaysia, diperkenalkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai EU dan polisi utamanya di kalangan penjawat awam, pembuat keputusan, sektor swasta, media, NGO, akademia serta golongan lain yang berminat.
MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN) & PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata MPN bakal menggabungkan kepakaran 1,426 profesor di semua IPTA untuk menyumbang input daripada segi akademik dan profesional dalam pelbagai bidang. Beliau menyatakan di Majlis Profesor Negara(MPN) & Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) pada 1 April 2010 di PICC Putrajaya. Perdana Menteri turut hadir bagi merasmikan majlis berkenaan.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai permulaan, MPN hanya melibatkan profesor di IPTA dan setelah semuanya berjalan lancar, keanggotaannya akan diperluaskan kepada profesor di IPTS dan juga daripada industri.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Penasihat Sains Kepada Kerajaan Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid, sebagai pengerusi MPN dan 13 ketua kluster, yang mewakili bidang masing-masing.

Tiga belas bidang berkenaan ialah Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam; Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan; Ekonomi dan Kewangan; Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa.

Warisan dan Sosio-budaya; Sains dan Matematik; Teknologi dan Kejuruteraan; Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kesihatan dan Perubatan, Industri dan Inovasi; Pertanian dan Keselamatan Makanan; Pembangunan Wilayah serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Enam Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi, yang diumumkan hari ini, turut diberikan peruntukan RM3 juta setahun untuk membantu melonjakkan pencapaian HICoE ke peringkat antarabangsa.

Enam pusat itu ialah UM Centre of Research Power Electronics, Drives, Automation & Control, Universiti Malaya; UKM Medical Molecular Biology Institute, Universiti Kebangsaan Malaysia; Institute for Research in Molecular Medicine, Universiti Sains Malaysia (USM).

Institute of Bioscience, Universiti Putra Malaysia; Centre for Drug Research, USM dan Accounting Research Institute, Universiti Teknologi Mara.
GAMIS BANTAH PENDIRIAN NAJIB ISU AFGHANISTAN
Gabungan Mahasiswa Islam Se-malaysia (GAMIS) memandang serius keputusan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk menghantar bantuan ke Afghanistan setelah mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

GAMIS memandang isu ini perlu diberi perhatian, tindakan tersebut agak terburu-buru memandangkan isu Afghanistan yang belum selesai sehingga hari ini. Amerika dilihat seolah-olah terdesak mahukan Malaysia bersama terlibat setelah banyak negara menarik balik tentera pengaman mereka keluar dari Afghanistan. Malaysia seolah-olah akan menjadi mangsa keadaan di samping akan dilihat sebagai boneka Amerika dalam isu ini setelah krisis di Afghanistan masih tidak dapat diselesaikan.

Menurut Presiden GAMIS, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, Dato' Seri Najib tidak boleh terburu-buru dalam isu ini. Walaupun atas nama kemanusiaan sekalipun, dunia akan melihat Malaysia seolah-olah ingin ditarik oleh Amerika dalam kes yang mereka sendiri cipta, ini kerana isu ini masih menemui jalan buntu untuk menyelesaikannya. Malaysia juga perlu mengambil berat aspek keselamatan negara serta wakil yang akan dihantar memandangkan ancaman dari al-Qaeda sebelum ini yang telah mengisytiharkan perang terhadap mana-mana negara yang mahu bersengkongkol dengan Amerika walaupun atas alasan bantuan kemanusiaan dan latihan.

"Amerika dilihat begitu tedesak dalam isu Afghanistan ini. Dalam keadaan negara-negara seperti Perancis, Kanada, Korea Selatan dan lain-lainnya menarik balik tentera pengaman di Afghanistan setelah mendapat tekanan dari masyarakat dunia yang mengutuk tindakan tersebut, tiba-tiba Perdana Menteri Malaysia telah membuat keputusan yang seolah-olah ingin menarik Malaysia untuk terlibat dalam isu yang dimulai oleh kezaliman dan kerakusan Amerika itu" berkata Idris lagi.

GAMIS berharap Perdana Menteri mempertimbangkan dalam aspek keselamatan wakil yang akan dihantar ke sana memandangkan masyarakat dunia pada hari ini dapat melihat ancaman yang diterima di sana. Jumlah askar negara luar yg maut atas alasan untuk tujuan pembangunan dan latihan adalah tinggi. Hal demikian termasuklah dari Australia seramai 11 orang, Britain 270,Kanada 140,Denmark 31,Belanda 43,Perancis 41,Jerman 43, Itali 22,Romania 12,Spannyol 17,Turki 3,Amerika Syarikat 951 dan ramai lagi yang tidak dinyatakan jumlahnya di sini.Manakala yang cedera dan cacat pula melebihi 5000 orang. Ini merupakan angka yang tinggi dan perlu dimaklumkan kepada umum.

Mengikut kajian oleh Pew Global Attitudes, menyatakan daripada 47 negara, hanya 2 negara yang rakyatnya menyokong peperang di Afghanistan melebihi 50% iaitu Israel 59% dan Kenya 60%. Yang lain semua majoriti rakyatnya tidak menyokong penuh. GAMIS juga yakin rakyat Malaysia juga tidak menyokong sama sekali.

Dalam pada itu, turut hadir Pengerusi Majlis Antarabangsa GAMIS Mohamad Arib Hj Abu Kasim turut menyatakan pandangan bersama yang mana Perdana Menteri Malaysia serta Presiden Amerika Syarikat di Washington dalam isu pembangunan Nuklear Iran kerana Malaysia seolah-olah dilihat hanya mengangguk atas beberapa pendirian Amerika. Pendirian Amerika dalam isu nuklear ini dilihat tidak adil kerana seolah-olah memejam mata dalam isu yang melibatkan sekutunya termasuklah Israel.Begitu juga keadaannya isu APCO di Malaysia yang sedang hangat diperkatakan kerana bersangkut paut dengan agen Yahudi , perkara ini juga tiada jawapan yang jelas dari Perdana Menteri, pendirian-pendirian Perdana Menteri di Washington seolah-olah menambahkan lagi barah kepada rakyat Malaysia.

Datuk Seri Najib Razak dilaporkan masih berada di Washington untuk menyertai Presiden Barack Obama dan pemimpin dunia lain pada Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.
KEBERKESANAN PROJEK TEBATAN BANJIR
Banjir adalah satu fenomena bencana alam. Sejauh mana keberkesanan projek tebatan banjir oleh kerajaan yang diumumkan dibawah Rancanagn Malaysia ke-10. Ada yang berpendapt  dengan projek2 tebatan banjir akan mnyelesaikan isu rakyat yang mengalami banjir. Tetapi bagi saya ianya tidak menjadi satu jalan yang boleh menyelamatkan sesuatu tempat dari mengalami masalah bnjir. Contoh yang diambil sekitar tempat saya iaitu bandar melaka yang terletak ditengah2 bandar yang dikelilingi pembangunan pesat. Bagi saya, ianya BUKAN JALAN PENYELESAIAN!!


      rakyat memberi laluan pembangunan

Projek2 ini hanya sebagai alternatif semata2...imbau kembali Terowong SMART yang dibina dengan jumlah wang berbilion ringgit malaysia, tetapi tidak dapat menyelesaikan masalah banjir ibu kota itu. Maknanya, ianya hanyalah menangani semata2 tetapi menyelesaikan tidak sama sekali. Di Melaka, masalah utama adalah menjadikan sungai sebagai tempat tarikan pelancong, tetapi apabila jumlah air berlebihan termasuk dengan jumlah hujan yang lebih, maka tampungan air tidak dapat menampung, lalu melimpahi sekitar bandar dan kampung2 yang berhampiran.

projek nilai bilion ringgit menangani banjir

Sungai Melaka juga telah diadakan empangan bagi memudahkan perjalanan bot River Cruise, kita tidak menolak kemajuan, akan tetapi apabila masalah yang timbul (banjir), yang menerima padah adalah penduduk2 serta peniaga sekitar bandar. Banyak perkara bakal terjejas dengan masalah ini. Kerajaan perlu memikirkan langkah lebih efektif bagi melahirkan pembangunan yang lebih mapan termasuklah aliran ini diguna pakai mahu pun di alirkan terus sebagai kegunaan pertanian. Ini telah diguanakan dinegara2 maju termasuk Selatan London & Tokyo kerana masyarakat mereka menganggap jimat cermat serta mesra alam menggunakan aliran tersebut setelah melalui proses rawatan.



Melahirkan masyarakat yang cintakan alam sekitar...Masyarakat perlu mempunyai sivik yang mana perlu ada dalam diri termasuklah menjaga sistem perparitan, sungai dengan tidak membuang sampah dan melebihkan kitar semula dan sebaginya. Ini semua termasuk didalam faktor menangani isu banjir. Ternyata masyarakat hari ini kurang pendedahan terhadap alam sekitar yang akan merosakkan generasi kita pada masa akan datang.

  pemimpin prihatin bersama rakyat

   turut sama membela rakyat

Tetapi di Melaka juga mempunyai pemimpin, badan2 bertanggungjawab yang prihatin terhadap masyarakat dengan pelbagai bantuan dihulurkan kepada penduduk sekitar bandar jika berlaku banjir. Malah bilik gerakan banjir negeri juga diwujudkan sebagai persediaan 24 jam anggota untuk berkhidmat kepada masyrakat setempat  bertepatan dengan slogan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

PERSIDANGAN SERANTAU PENDIDIKAN ISLAM 2010
Perasidangan tentang pengetahuan pendidikan islam serantau dengan tema 'Pendidikan Islam Holistik Menangani Cabaran Global'.


objektifnya adalah;
- Membncangkan serta mencari jalan penyelesaian kearah pembangunan pendidkan islam serantau.
- Berkongsi maklumat tentang analisis terkini pendidkan islam serantau
- Islam kontemparori dalam pelbagai aspek
- Mengumpul serta mengadakan jaringan dalam kalangan pakar-pakar pendidikan islam dari negra serantau.

bagi yang berminat membuat pembentangan kertas kerja. Penganjur turut menjemput mana-mana ahli akademik,wakil IPT, agensi kerajaan serta swasta, IPG, NGO, sekolah  serta bagi yang berminat dengan pendidikan Islam untuk menghantar kertas kerja pembentangan dalam bentuk penulisan lazim akademik, menggunakan sistem nota-kaki, sumber rujukan atau sistem APA. Abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan yang ditulis dalam bahasa melayu, inggeris mahupun arab, sila lampirkan melalui email di alamat berikut :-
 - pspl2010@yahoo.com

MAKLUMAT LANJUT, LAYARI SESAWANG http://pspl2010.upsi.edu.my 
SEMUA DIJEMPUT MENYERTAINYA.
KAJIAN - KEMANA HILANGNYA AIR...???
sambungan....

Hutan kita, sumber air kita. Malysia banyak sumber air kerana hutan dan fungsinya sebagia kawasan tadahan air. Pihak berkuasa sering tunduk kepada syarikat pembalakan yang hanya ingin membuat pembalakan terancang dan perkara ini amat dibimbangi kami terhadap masa depan alam sekitar ini.



Keratan rentas Semenanjung Malaysia yang menunjukkan banjaran Titiwangsa yang banyaknya telah telah dimusnahkan. Bagaimanapun ,banjaran ini amat penting dan merupakan tulang belakang kepada kehidupan manusia terutama rakyat Malaysia. Apabila hujan turun, air hujan mengalir dari pantai timur ke pantai barat Malaysia dengan dikawaloleh pokok-pokok yang menadah air hujan itu dan melepaskannya secara perlahan-lahan ke seluruh ke seluruh semenanjung.



Selebihnya akan diserap ke dalam tanah dan juga menjadi sumber air tanahyang dilepaskan sedikit demi sedikit ke dalam tasik.. Ini memastikan sumber air yang berterusan tidak kira musim hujan ataupun musim kemarau. Kegagalan melindungi khazanah ini boleh mengakibatkan masalah air yang kronik. Dahulu juga kita jarang mendengar banjir berlaku di negeri Perak, akan tetapi kini telah berlaku. Berdasarkan kajian, di negeri Perak mengalami kajdian tersebut adalah, kawasan itu menerima hujan dengan kadar tertinggi dengan jumlah 5000mm setahun, kini gara-gara penebangan hutan yang berleluasa di bukit itu.

Kadar aliran masuk yang rendah ke dalam tanah menyebabkan air hujan mengalir terus kedalam tasik sehingga berlakunya banjir. Manakala apabila cuaca panas berlaku kembali, tasik itu akan kekeringan dan keseluruhan sumber air tersebut akan hilang begitu sahaja. Sebagai contoh di Gunung Semanggol kini dalam proses pembalakan dan telah berikutan aktiviti tersebut, sebuah sungai telah hilang.



Antara negeri-negeri lain yang berada tahap berjaga-jaga dan mengalami tekanan air yang sama adalah Melaka, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Melaka yang pernah mengalami  krisis air yang teruk,Mengapa?? Lihat berapa hutannya yang tinggal. Hampir tiada, kerana semuanya telah dikorbankan untuk aktiviti perladanagan dan pembangunan. Manakla diKelantan pula, mana-mana aktiviti pembalakan akan memberi kesan buruk serta merta kerana kerana tanahnya merupakan tanah liat yang mempunyai ketelapan air yang rendah. Ini dicerminkan melalui banjir teruk yang berlaku saban tahun di negeri itu.

BUKAN PERUBAHAN IKLIM....Memang selalu didengar pihak yang mengatakan perubahan iklimlah yang menjadi penyebab krisis air, kemarau, banjir, dan pelbagai masalah lain. Tetapi perubahan iklim semat-mata yang mengakibatkan kekurangan bekalan air. Kita juga telah mendera sistem ini. Sistem  yang dimaksudkan bukanlah rumit, jika keseimbangan hutan dikacau ganggu, impaknya akan menjejaskan bekalan air.

KAJIAN - KEMANA HILANGNYA AIR...???
Bayangkan suatu hari nanti kita terpaksa menggunakan air osmoisis balikan (RO) untuk keperluan harian. RO kira2 RM 0.50sen seliter dan kalau anda menggunakan 1000liter air dalam sebulan, bermakna bil anda berjumlah RM 500.00. Sanggupkan anda??



Mungkin sukar menggambarkan senario itu,apa tidaknya, kita menggunakan secara purata lingkungan RM 0.70sen bagi satu meter padu air atau 1000 liter air. Sumber air rawatan diraskan seperti tidak akan kehabisan. Tapi hakikatnya, di Malysia semakin kekurangan sumber air bersih.

Akan tetapi, masalah ini bukan sahaja membelenggu di negara ini, tetapi seluruh dunia. Hanya 2 % sahaja daripada sumber air seluruh dunia boleh digunakan manusia dan selebihnya adalah air laut. Jika kita gagal menjaga sumber air ini, kita mungkin terpaksa menggunakan 'Proses Desalinasi' untuk bekalan air harian kita.  Prose desalinasi adalah proses menjadikan air laut selamt diminum oleh manusia seperti osmosis balikan. Namun, prosesnya menelan belanja yang begitu tinggi dan tentunya orang ramai tidak snggup membayar harganya.



Sebagai contoh di Malaysia, sebab utama saya dapat simpulkan adalah pencemaran dan tadbir urus yang lemah dikawasan tadahan air. Antara perkara pertama yang sedang berlaku adalah kenaikan tarif air yang sedang meningkat. Kawasan tadahan air dan sekitarnya haruslah diwartakan. Namun, apa yang sedang berlaku adalah kerajaan negeri memberi kebenaran kepada syarikat pembalakan dan perladangan kawasan itu itu demi keuntungan jangka pendek. Hasilnya??? Pencemaran berlaku di kawasan tadahan air hingga meningkatkan kos rawatan air. lebih buruk apabila tahap pencemarannya mencapai kritikal, loji rawatan air berkaitan terpaksa ditutup.

Kajian telah menjurus ke satu contoh yang dijadikan sebagi model rujukan, sebuah negeri yang mempunyai ladang  getah seluas 443 hektar, dimana projek ini membabitkan penerokaan hutan di dua stesen pengambilan dan penapisan air. Apa yang sedang berlaku adalah, hutan2 ditebang dan pokok getah pula ditanam. tanah pula ditabur baja dan racun perosak dalam jumlah yang banyak digunakan. Semua bahan kimia ini akan meresap ke dalam tanah seterusnya terbawa ke dalam sungai apabila hujan.

                                               penebangan hutan secara haram yang dirakam

Jika ada kawasan penempatan di kaki bukit yang disitu yang menggunakan air telaga, kesemua bahan berbahaya itu akan masuk sekali. Baja dan bahan kimia racun perosak menagndungi amonia, nitrat dan fostat. Jika ketiga2 bahan ini jika bercampur, berada di dalam air,maka kos merawat air tersebut amat tinggi dan biasanya jika pencemaran amonia dikenal pasti beralku disesuatu loji rawatan air, ia akan perlu ditup serta merta mengikut undang2. Inilah yang berlaku dibeberapa buah negeri dan bahan2 ini mampu membunuh manusia....bersambung esok
KEPUTUSAN F1
SEPANG, 4 April (Bernama) -- Berikut adalah kedudukan pelumba dalam senarai F1 Dunia selepas Grand Prix Petronas Malaysia 2010 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini Ahad:

1. Felipe Massa (BRA) Ferrari - 39 mata

2. Fernando Alonso (SPA) Ferrari - 37

3. Sebastian Vettel (GER) Red Bull - 37

4. Jenson Button (GBR) McLaren - 35

5. Nico Rosberg (GER) Mercedes GP - 35

6. Lewis Hamilton (GBR) McLaren - 31

7. Robert Kubica (POL) Renault - 30

8. Mark Webber (AUS) Red Bull - 24

9. Adrian Sutil (GER) Force India - 10

10. Michael Schumacher (GER) Mercedes GP - 9

11. Vitantonio Liuzzi (ITA) Force India - 8

12. Rubens Barrichello (BRA) Williams - 5

13. Jaime Alguersuari (ESP) Toro Rosso - 2

14. Nico Huelkenberg (GER) Williams - 1
BUDAYA SMS SINGKAT
Moden.....apabila zaman telah moden, dunia sudah mula berubah, tetapi saya berpendapat kita tidak sewenang-wenangnya mengikut perubahan masa dengan terikut arus perubahan dengan kehidupan kita.

Sebaliknya adalah kita mengekalkan diri itu dengan sedia ada cuma mengorak langkah ke hadapan pada zaman tersebut mengiringinya, contohnya bagi kita yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kita tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan mengikut kehendak kita semata-mata.

Ini termasuklah pengunaan bahasa dalam 'sms' @ sistem pesanan ringkas. Saban hari makin singkat saya melihat gelagat pengguna telefon menggunakan bahasa ringkas dan dalam kata lain bahasa rojak. bahas-bahasa yang digunakan adalah samada  menyingkatkan perkataan ataupun menggantikan sesuatu perkataan kepada makna yang lain. Contohnya 'tak' dah jadi 'x', 'pergi' sudah jadi 'p', 'misssed call' jadi 'mc'. Selain itu budaya ini akan merosakkan minda pelajar-pelajar sekolah yang kebanyakan kini sedang meningkat naik dengan penggunaan telefon bimbit mereka ini kerana apabila ayah ibu mereka sendiri yang menghantar 'sms' dengan menggunakan bahasa ringkas juga secara tidak langsung mendidik yang tidak bagus.

Dalam kerajaan memartabatkan bahasa melayu melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan meletakkan penggunan bahasa melayu dalam semua lapisan rakyat Malaysia sebagai bahasa pertama selain mempelajari lain-lain bahasa sebagai bahasa kedua & ketiga, kita sendiri leka dengan kemodenan yang dilingkari minda. Berbalik kepada pengguna telefon bimbit yang menggunakan bahasa ringkas@rojak dalam 'typing' mereka dalam telefon bimbit perlu diberi kesedaran. Cadangan saya, KPPK melancarkan "Kempen Bahasa SMS" bagi menggalakkan pengguna telefon bimbit di Malaysia ini lebih berkhemah dalam pertuturan bahasa sesama rakan taulan mahupun bersama pemimpin.

Kempen tersebut termasuklah menghantar secara terus kepada setiap pengguna telefon seperti iklan-iklan yang dibuat, mungkin secara terus lebih berkesan berbanding hanya mengadakan kempen mahupun program yang hanya dihadiri serta diketahui oleh mereka-mereka yang tertentu sahaja, secara amnya, kempen tersebut tidak menyeluruh.


Kos Pembinaan Murah


Sekumpulan penyelidik UTHM Johor telah menghasilkan sistem pembinaan yang mesra alam serta merintis ke arah pembinaan yang melibatkan jumlah perbelanjaan murah. Projek ini dihasilkan mengguna bahan mesra alam termasuk bahan pertanian serta silika yang merupakan bahan penebat yang baik (sistem binaan industri).

Sistem ini sungguh mesra alam serta mampu mnyerap haba dr luar ke dalam bangunan.malah mampu menjimatkan penggunaan penghawa dingin. Projek ini diberi nama "KUIK" yang membawa makna 'KUI' untuk KUiTTHO yang kini UTHM, manakala 'K' merujuk kepada pengetahuan yang bererti juga "KUIK" yang juga boleh dirujuk sebagai 'Quick'.

Beberapa projek telah dikormesialkan dengan menggunakan teknologi KUIK Wall ini, termasuk 1Borneo di Kota Kinabalu sabah & Tune Hotel di Miri serawak.

Projek ini diketuai oleh Prof Madya Lee Yee Loon yang juga Felow Penyelidik Prinsipal, Pusat Penyelidikan Tanah Lembut (RECCES) Universiti Tun Hussien Onn Malaysia Johor.

Sejak dipatenkan pada 2004, iatelah berjaya dikormesialkan oleh Sprafoarm Constuction Tecnologies Sdn Bhd dengan nama "SupraBlock"

 Pengiktirafan juga telah diperolehi dari OSHA, BOMBA, SIRIM & IBS.





Perihal Ikan Yu
1. Saya terkejut melihat sejenis ikan yu yang besar yang telah ditangkap oleh nelayan kita baru-baru ini.

2. Ikan Yu jenis ini dikenali sebagai "Whale Shark" atau Yu Paus. Ia tiak ganas dan pernah membiar orang menaiki belakangnya. Ia termasuk dalam jenis haiwan yang dilindungi (protected).

3. Setakat yang saya tahu isinya tidak menjadi makanan manusia. Mungkin siripnya boleh dikeringkan untuk sup sirip Ikan Yu. Tetapi apakah harus kita korban haiwan yang terbesar antara Ikan Yu kerana keuntungan daripada jualan siripnya.

4. Saya harap Kerajaan akan nasihatkan nelayan kita supaya tidak menangkap Ikan Yu Paus ini.
Promosi SUKMA XIII, MELAKA 2010
Sukan Malaysia XIII bakal memulakan tirai di negeri Bersejarah ini pada 10-19 Jun 2010. Namun kempen demi kempen bagi memeriahkan acara tersebut masih agak suram sekitar negeri malahan pendedahan kepada maklumat ke pada seluruh warga negeri masih belum subur.

Pelbagai langkah telah diambil agar sukan yang julung2 kalinya diadakan itu mndapat smbutan yang mengahangatkan oleh seluruh rakyat negeri Melaka termasuklah Larian Baton Yang dianjurkan oleh Sekretariat SUKMA Negeri Melaka yang mana bakal memasuki ke seluruh pelosok negri Melaka agar mesej yang hendak disampikan sampai ke pengetahuan rakyat.

Berikut adalah jadual Larian Baton Diseluruh DUN-DUN Negeri Melaka :- 
28 FEB 2010 - Kuala Linggi (Permulaan)
13 Mac 2010 - Tanjung Bidara
14 Mac 2010 - Ayer Limau
20 Mac 2010 - Lendu
21 Mac 2010 - Taboh Naning
27 Mac 2010 - Rembia
28 Mac 2010 - Gadek
03 APR 2010 - Machap
04 APR 2010 - Durian Tunggal
10 APR 2010 - Bukit Asahan
11 APR 2010 - Bemban
17 APR 2010 - RIM
18 APR 2010 - Sungai Rambai
24 APR 2010 - Serkam
25 APR 2010 - Merlimau
01 MEI 2010 - Teluk Emas
02 MEI 2010 - Bandar Hilir
08 MEI 2010 - Duyong
09 MEI 2010 - Ayer Molek
15 MEI 2010 - Bukit Baru
16 MEI 2010 - Ayer Keroh
22 MEI 2010 - Bachang
23 MEI 2010 - Kota Laksamana
29 MEI 2010 - Kesidang
30 MEI 2010 - Klebang
05 MEI 2010 - Pantai Kundor
06 JUN 2010 - Sungai Udang
12 JUN 2010 - Paya Rumput (Tamat )
*Tertakluk kepada perubahan

Langkah badan kerajaan, NGO serta pelbagai lapisan golongan masyrakat dalam menjayakan kempen menyuburkan minda masyarakat dalam tempoh terdekat ini sehingga hari pelancaran pembukaan SUKMA tersebut amat dupuji termasukalah Bahagian Sahabat Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka, Bahagian Promosi Pelancongan JKMM, Gerakan Belia 4B(M) Negeri Melaka yang mengdakan Road Tour ke beberapa buah negeri dalam Malaysia bagi mendedahkan serta mengadakan kempen bagi menarik lebih ramai peminat sukan bertandang ke negri ini semasa sukan tersebut berlangsung.

Masyarakat perlu bersama2 memainkan peranan penting dalam memastikan kejohanan sukan dwi-tahunan ini berjaya malah dengan kemakmuran negeri yang mencapai status negeri maju 2010 ini sebagai detik sejarah bagi seluruh warga negeri melaka. Melahirkan masyarakat yang mengadaptasikan sukan sebagai agenda pembangunan sudah semestinya kemajuan tahap pencapai sukan negeri mahupun negara bakal lebih memberansangkan. 
Eye On Melaka Juga Kini Menjadi Tarikan
Setelah ditutup Eye On Malaysia bebera bulan yang lepas...kini Eye On Melaka turut menjadi tarikan penduduk setempat termasuk juga para pelancong asing. Kawasan sekitar EOM yang terletak dijalan Tun Mamat juga mempunyai terikannya tersendiri. 
  
AMKM turut berkesempatan minggu lalu bersama rakan2 mengunjungi pusat pelancongan terbabit. Ternyata amat teruja walupun keadaan sebelum ini disitu amt suram akan tetapi setelah pelbagai tarikan diadakan, nyata ia bukan penghalang kepada persekitaran. Dengan nyalaan lampu, gerai2 uptown, tambahan dengan meda selera yang berhampiran, menarik minat para pelancong melawat ke sana. Pelbagai barangan turut dijual disitu.

Di EOM juga pengunjung dapat menaiki roda seperti Eye On Malaysia, tetapi sebagai menggantikan, boleh la.... AMKM bersama rakan menaiki "pirate" memang tidak dinafikan, amat pening sekali, kalah seperti di Genting Hingland. Hingga rakan AMKM turut muntah bersama pelancong asing. Mereka mnyatakan memang hebat juga Bandaraya Melaka.

Cuti Sekolah Adalah Peluang Melancong Ke Melaka
Dalam kesibukan.....cuti sekolah adalah ruang kita bersama2 keluarga, saudara mara berpeluang bertemu sesama lain. selain dapat melepaskan penat lelah..........oleh itu ambil peluang untuk berehat & bercuti...=]
melawat melaka bererti melawat malaysia....melaka bandaraya warisan dunia...
EYE ON MALAYSIA "DISEBALIK" KEMEGAHAN KOTA MELAKA

AMKM turut berasa kecewa diatas tindakan MST Suria Sdn Bhd yang gagal melaksanakan hutang kepada Syarikat Fitraco NV sehingga menyebabkan buaian roda gergasi tersebut terpaksa menutup operasinya berkuatkuasa serta merta. Sikap sambil lewa syarikat tersebut telah menjejaskan sektor pelancongan Negeri Melaka yang kini menjadi tumpuan dunia.

Mahkamah pada 26 November lalu memerintahkan operasi EOM dihentikan setelah syrikat MST Suria Sdn Bhd gagal menjelaskan tinggakan sebanyak 17 juta kepada syarikat dari Belgium tersebut. EOM sebenarnya bukan milik penuh Kerajaan Negeri Melaka sebaliknya hanya menjadi pemegang ekuiti 40% iaitu  RM 3 juta dalam bentuk tunai dan harga pemegang tanah yang bernilai 5 juta.

Rata2 pengunjung serta pelancong berasa kesal serta rasa kerugian apabila melancong ke Negeri Melaka  akan tetapi tidak memenuhi hasrat berikutan penutupan operasi roda gergasi tersebut yang terletak di tepi Selat Melaka. AMKM difahamkan juga dipintu masuk EOM itu ditampal notis penutupan berikutan kerja2 penyelenggaraan.

Cadangan AMKM agar :-
* Kerajaan Negeri Melaka segera mnyelesaikan masalah tersebut kerana ini menyebabkan sumber ekonomi hiliran seperti peniaga2 kecil yang berniaga disekitar EOM tersebut menyebabkan mereka turut merasa tempias kerugian.

* Kerajaan Negeri juga dicadangkan agar memikirkan supaya pemilikan segera oleh kerajaan terhadap pusat ekonomi terbabit berikutan kerajaan negeri telah melabur berjuta2 bagi menaik taraf kawasan tersebut. adalah menjadi satu kerugian besar jika ianya ditutup terus keran EOM ini hanya terdapat sebuah sahaja dalam negara ini. Jesturu sudah semestinya EOM ini menjadi tumpuan masyrakat luar ke Negeri Melaka ini.

* Anak2 syarikat kerajaan negeri disyorkan amat sesuai memiliki roda gergasi tersebut kerana ianya adalh satu aset pembangunan negeri yang mampu menjana sumber ekonomi negeri selain sebagai pelaburan jangka masa panjang.

* Dalam masa yang sama adalah menjadi keutamaan kerajaan negeri wajar menyelesaikan tempoh pemberhentian yang diperitah mahkamah ke ats kes terbabit dahulu keranya ia melibatkan proses serta prosedur2 perundangan.

Kegagalan memanfaatkan sub-sektor tersebut bakal membawa kerugian sejumlah nilai pelaburan yang besar kerajaan negeri keatas kawasan terbabit.

AMKM
23muharram1431
bantah...bantah...





ATTENTION!!
PERHIMPUNAN AMAN MENENTANG PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH' DI SETIAP MASJID2 SELURUH NEGARA SEPERTI YANG TELAH DIRANCANG PENGANJUR HARI INI...BUKAN NAK BUAT KECOH, TETAPI SEMANGAT PERPADUAN UMMAH...MARI!!



Pelik sungguh AMKM fikirkan, perangai puak2 Pas & Pembangkang ni,rmai bloger2 mereke menghentam perancang2 demo yang akan diadkan selepas solat jumaat hari ini. Bila orang Islam mahu mengadakan demo selepas Jumaat bagi menzahirkan bantahan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh puak Kristian, mereka beriya2 menentangnya dan mempersoalkannya.





Tidakkah mereka sedar bahawa demo yang akan diadakan di masjid-masjid seluruh negara hari ini bukan hanya kerana kalimah Allah tetapi sebagai satu amaran dari orang Melayu terhadap kaum lain bahawa jangan sesekali menyentuh hak-hak kita sebagai kaum majoriti, pemilik asal tanah air.

Sebab itulah aku memang menyokong penuh usaha pihak2 yang mahu mengadakan demo esok dan insya-Allah aku juga akan turut sama bermandi keringat di bawah terik mentari atau basah kuyup di bawah hujan. Sudah lama orang Melayu tidak berkumpul untuk memperjuangkan hak mereka. Ayuhlah bangsaku!!





Raja  kita sudah disanggah, bangsa kita sudah diranggah, bahasa kita sudah diratah dan kini agama kita pula disentuh. Ayuh bangunlah bangsaku. Bangun kita untuk menyedarkan mereka agar jangan mengganggu mimpi indah kita di laman sendiri. Jangan... jangan... jangan...



AMKM
22 Muharram1431
Related Posts with Thumbnails