APABILA TERDETIK HATI SEORANG AYAH DAN IBU
23 April 2010 by Mohamad Arib

Kisah yang harus dikongsi dan dijadikan sebagai pedoman kita bersama. Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, 'Apabila seorang manusia meninggal dunia, maka putuslah amalannya, kecuali tiga perkara: Sedekah jariahnya, ilmu yang memberi manfaat dan juga doa dari anak yang salih. (Hadith rieayat Imam Ahmad).

Kisah yang hendak di ketengahkan ini, haruslah kita sebagai manusia yang mempunyai tangungjawab sebagai seorang anak kepada kedua ayah dan ibu, sebagai seorang suami kepada isteri, sebgai seorang ayah kepada anak-anak, sebagai seorang guru kepada anak muridnya, seorang pemimpin terhadap rakyatnya dan paling penting kita sebagai hamba Allah diatas muka bumiNya. Tetapi sejauh mana kita sebagai seorang anak bertangingjawab keatas kedua orang tua kita kerana ayah dan ibu itulah jua permulaan kita.

Cerita ini lebih dispesifikasi kepada seorang anak  terhadap orang tua mereka. Persoalankan diri kita, cukupkah kasih sayang terhadap kedua orang tua kita sebagai mana mereka mengasihi kita semenjak kita kecil?? Nescaya tidak serupa bagaimana mereka mengasihi kita sebagai mana kita kini dewasa mengasihi mereka. Mereka tidak pernah mengeluh membesarkan kita. Tetapi persoalkan diri kita yang kerap kali mengeluh untuk berbuat sesuatu untuk kedua orang tua kita itu? Bukan wang ringgit yang mereka perlukan, bukan harta benda yang dikejarkan, tetapi lebih kepada kasih sayang kita sebagai seorang anak terhadap kedua orang tua mereka.

Kisah yang boleh dikongsi lagi apabila seorang anak yang kini bergelar suami, bergelar seorang ayah, tidak kita terfikirkah jika suatu hari akan datang segala tindak tanduk kita ini akan dibalas oleh Nya kerana hidup didunia ini yang cukup adil oleh tuhan maha agung ciptakan. Jika hari ini kita menyakiti hati, mengecilkan hati kedua orang tua kita, tidak mustahil tiba satu peringkat nanti, giliran kita pula bakal menerima nasib yang sama. Hidup dan hukum tuhan memang adil. ' Syurga itu, terletak ditelapak kaki ibu'. Isyarat itu jelas dan cukup signifikan menuntut kita berbuat segala kebaikan terhadap orang tua kita kerana itu, kita akan dibawa ke syurga.

Tetapi kalau ibu dan ayah mertua yang kita agungkan?? Ke syurga?? Wallahu alam... Berbalik pada tajuk asal, apabila hati seorang ibu ayah terdetik kecil hati, kecewa dengan tindak tanduk anaknya yang dulu ditatang, disayang, kini  erubah dengan sekelip mata hasil daripada naluri kebendaan mula menyerap dalam sanubari si anak itu. janganlah kita menjadi seperti si tanggang yang melupakan segala asal usul kita setelah menikahi seorang wanita yang mempunyai harta dan pangkat. Oleh kerana itu, kita mula mengabaikan kedua orang tua kita,malah sedikit demi sedikit mula membenci ayah dan ibu kita sebelum memusuhi mereka. Ya Allah, alangkah indah jika kita dikurniakan keluarga bahagia??? terfikirkah kita??  Mungkin itu hanya cita2 bagi setiap manusia berkeluarga...tetapi bagaimana untuk dipraktikkan, kita tidak mangaturkannya.

Apabila kita menyakiti hati kedua orang tua kita, maka apabila terdetik di hati mereka, nescaya Allah swt akan memakbulkan apa yang tedetik di hati mereka ketika itu terhadap si pembuat hati mereka tercalar.  Pernah diriwayatkan juga dari sirah zaman Rasullullah, apabila si hamba Allah ini nazak yakni menghadapi kematian, mulut si hamba itu tidak dapat mengucap kalimah syahadah, lalu rasullullah menyuruh sahabat untuk memanggil ibu si hamba Allah ini, lalu  sampi ketemu baginda, baginda bertanyakan kepada si hamba ini susah sangat mengahadapi 'sakaratul maut' nya?? Jika si ibu itu ada menyimpan perasaan didalam hatinya, baginda supaya diampun dan memaafkan si hamba itu tadi. Lalu si ibu itu menceritakan kisahnya sebagai mana hatinya telah berkecil hati terhadap anak lelakinya itu. Kisahnya apabila si hamba Allah (lelaki) ini lebih mementingkan isterinya daripada ibunya sendiri hingga menyebabkan ibunya berkecil hati sehingga terdetikkan niat. akhirnya si ibu hati mulia itu memaafkan juga segala yang dilalakukan si hamba Allah ini. lalu pergilah beliau kerahmatullah. Sungguh besar azimat hati,kata-kata seorang ibu jika kita amati dari cerita itu.

"Setinggi mana kita menduduki takhta, dari bawah jua kita datang"
"Jangan lah kita menjadi seperti kacang yang lupakan kulit"
"Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang ank belum tentu boleh menjaga seorang ibu"

Orang tua kita lebih mengerti isi hati kita berbanding kita mengerti hati kedua orang tua kita. Kita mementingkan harta, kita mementingkan kecantikan isteri kita, kita mementingkan kerjaya kita, kita mementingkan urusan kita, akhirnya kita lupa pada tanggungjawab kita kepada orang tua kita. Janganlah sehingga mereka terdetikkan niat yang tidak baik pada kita. Moga kita menjadi anak yang soleh pada kedua ibu bapa kita. Mendoakan kesjahteraan mereka dan menberikan kasih sayang sementara hayata mereka masih ada..insyaallah.
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails