BUDAYA SMS SINGKAT
Moden.....apabila zaman telah moden, dunia sudah mula berubah, tetapi saya berpendapat kita tidak sewenang-wenangnya mengikut perubahan masa dengan terikut arus perubahan dengan kehidupan kita.

Sebaliknya adalah kita mengekalkan diri itu dengan sedia ada cuma mengorak langkah ke hadapan pada zaman tersebut mengiringinya, contohnya bagi kita yang menggunakan telefon bimbit, tetapi kita tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan mengikut kehendak kita semata-mata.

Ini termasuklah pengunaan bahasa dalam 'sms' @ sistem pesanan ringkas. Saban hari makin singkat saya melihat gelagat pengguna telefon menggunakan bahasa ringkas dan dalam kata lain bahasa rojak. bahas-bahasa yang digunakan adalah samada  menyingkatkan perkataan ataupun menggantikan sesuatu perkataan kepada makna yang lain. Contohnya 'tak' dah jadi 'x', 'pergi' sudah jadi 'p', 'misssed call' jadi 'mc'. Selain itu budaya ini akan merosakkan minda pelajar-pelajar sekolah yang kebanyakan kini sedang meningkat naik dengan penggunaan telefon bimbit mereka ini kerana apabila ayah ibu mereka sendiri yang menghantar 'sms' dengan menggunakan bahasa ringkas juga secara tidak langsung mendidik yang tidak bagus.

Dalam kerajaan memartabatkan bahasa melayu melalui Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan meletakkan penggunan bahasa melayu dalam semua lapisan rakyat Malaysia sebagai bahasa pertama selain mempelajari lain-lain bahasa sebagai bahasa kedua & ketiga, kita sendiri leka dengan kemodenan yang dilingkari minda. Berbalik kepada pengguna telefon bimbit yang menggunakan bahasa ringkas@rojak dalam 'typing' mereka dalam telefon bimbit perlu diberi kesedaran. Cadangan saya, KPPK melancarkan "Kempen Bahasa SMS" bagi menggalakkan pengguna telefon bimbit di Malaysia ini lebih berkhemah dalam pertuturan bahasa sesama rakan taulan mahupun bersama pemimpin.

Kempen tersebut termasuklah menghantar secara terus kepada setiap pengguna telefon seperti iklan-iklan yang dibuat, mungkin secara terus lebih berkesan berbanding hanya mengadakan kempen mahupun program yang hanya dihadiri serta diketahui oleh mereka-mereka yang tertentu sahaja, secara amnya, kempen tersebut tidak menyeluruh.


0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails