MAJLIS PROFESOR NEGARA (MPN) & PUSAT KECEMERLANGAN PENGAJIAN
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata MPN bakal menggabungkan kepakaran 1,426 profesor di semua IPTA untuk menyumbang input daripada segi akademik dan profesional dalam pelbagai bidang. Beliau menyatakan di Majlis Profesor Negara(MPN) & Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE) pada 1 April 2010 di PICC Putrajaya. Perdana Menteri turut hadir bagi merasmikan majlis berkenaan.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai permulaan, MPN hanya melibatkan profesor di IPTA dan setelah semuanya berjalan lancar, keanggotaannya akan diperluaskan kepada profesor di IPTS dan juga daripada industri.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaikan watikah pelantikan kepada Penasihat Sains Kepada Kerajaan Malaysia, Prof Emeritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid, sebagai pengerusi MPN dan 13 ketua kluster, yang mewakili bidang masing-masing.

Tiga belas bidang berkenaan ialah Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam; Pendidikan dan Pembangunan Modal Insan; Ekonomi dan Kewangan; Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa.

Warisan dan Sosio-budaya; Sains dan Matematik; Teknologi dan Kejuruteraan; Sumber Asli dan Alam Sekitar; Kesihatan dan Perubatan, Industri dan Inovasi; Pertanian dan Keselamatan Makanan; Pembangunan Wilayah serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Enam Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi, yang diumumkan hari ini, turut diberikan peruntukan RM3 juta setahun untuk membantu melonjakkan pencapaian HICoE ke peringkat antarabangsa.

Enam pusat itu ialah UM Centre of Research Power Electronics, Drives, Automation & Control, Universiti Malaya; UKM Medical Molecular Biology Institute, Universiti Kebangsaan Malaysia; Institute for Research in Molecular Medicine, Universiti Sains Malaysia (USM).

Institute of Bioscience, Universiti Putra Malaysia; Centre for Drug Research, USM dan Accounting Research Institute, Universiti Teknologi Mara.
0 Responses

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails